Ya Allah Wahai Tuhan kami
Sholawat ke atas penghulu kami Muhammad dilimpahi
Baginda lautan segala nur yang Engkau miliki
Sumber segala asrarMu diperolehi
Lisan penegak hujjah kebenaran Ilahi
Dalam kerajaanMu baginda disanjung bak mempelai
Imam segala makhluk di hadhrat Ilahi
Hiasan kerajaanMu yang tiada terperi
Gudang rahmatMu yang tiada dibatasi
Jalan syariatMu yang menunjuki
Dalam mentawhidMu kelazatan baginda kecapi
Punca dan sebab wujud segala ciptaan Ilahi
Makhluk paling terpilih antara segala pilihan Ilahi
Ciptaan terawal daripada sinar cemerlang nur milik Ilahi
Shalawat yang kekal abadi dengan berkekalannya Zat Ilahi
Shalawat tiada diketahui kesudahannya selain ilmu Rabbi
Shalawat yang Engkau redhai
Shalawat yang diredhai Junjungan Nabi
Shalawat yang dengannya kami diredhai
Ya Rabbal `Aalamiin, Wahai Tuhan kami.
Shalawat ini terkenal dengan nama "Nurul Qiyamah"
dan banyak dinukilkan oleh para ulama kita yang mulia dalam karya-karya
mereka. Di antaranya al-`Alim al-`Allaamah Syaikh Yusuf bin Ismail
an-Nabhani rahimahullah dalam "Afdhalus Shalawat `ala Sayyidis Saadaat", shalawat ke-27 pada halaman 78. Dinukilkan bahawa Sayyidi Ahmad ash-Shawi rahimahullah dan selain beliau menyatakan bahawa shalawat ini dinamakan dengan "Nur al-Qiyamah"
kerana pembacanya akan memperolehi nur yang banyak pada hari kiamat
nanti. Menurut sebahagian wali-wali besar shalawat ini diumpamakan
dengan 14,000 shalawat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar